RM2,980.00 Original price was: RM2,980.00.RM2,780.00Current price is: RM2,780.00.
Deposit bayaran adalah sebanyak RM500/pax
Pergi ke Shanghai dan enjoy di DISNEYLAND shanghai sepuasnya <3
Harga : RM2780 (Termasuk tiket penerbangan)
Kelebihan Pakej Ini
+ Lawatan dua tempat Shanghai & Hangzhou
+ Termasuk Pengurusan Visa
+ Pengurusan makanan halal dijaga rapi
+ Tiket Disneyland
ADULT >12 tahun | CHILD BED (3-11 tahun) | CHILD NO BED (3-11 tahun) | INFANT (<2 tahun) | |
Harga pakej | RM2990 | RM2980 | RM2680 | RM500 |
Harga promotion 15 Terawal | RM2780 | RM2780 | RM2480 | RM500 |
HARI 1: KUL-SHANGHAI (MDK)
Tiba di lapangan terbang Shanghai, berjumpa dengan pemandu pelancong dan terus ke hotel.
HARI 2: SHANGHAI (SP)
Sarapan pagi di hotel, anda akan dibawa ke taman tema Disneyland Shanghai terbesar di Asia (termasuk tiket masuk biasa), mengandungi enam kawasan tema: Mickey Avenue, the Fantastic Gardens, Adventure Island, Treasure Bay, Tomorrow World, Dream World. Kemudian pulang ke hotel.
HARI 3: SHANGHAI – HANGZHOU (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel, anda akan dibawa ke Hangzhou dengan menaiki keretapi (2 ½ jam perjalanan) dan menaiki bot persiaran di West Lake, melawat kebun the dan Masjid Phoenix yang dikenali sebagai Masjid Contoh Nasional oleh persatuan Islam China. Membeli belah di pasar borong barangan kulit dan pakaian Longxiang, daftar masuk hotel.
HARI 4: HANGZHOU-SHANGHAI (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Bertolak semula ke Shanghai dengan menaiki keretapi (2½ jam), melawat Chenghuangmiao Bazzar, Shanghai Ancient Street di mana anda dapat melihat bangunan-bangunan Dinasti Ming dan mempunyai banyak cenderahati untuk dibeli, juga melawat Masjid Xiaotaoyuan, Muzium Jade, membeli-belah di South Bund Textiles Market, makan malam sebelum kembali ke hotel.
HARI 5: SHANGHAI-KUL (SP/MT/MM/MDK)
Sarapan pagi di hotel, kemudian anda akan dibawa ke The Bund yang panjangnya 1.5KM di samping persiaran Riverside, anda akan melihat 52 bangunan yang dibina dengan gaya Gothic, Roman, Baroque, Cina dan Barat. Lawati Kilang Sutera, Oriental Pearl Tower (berhenti untuk foto), Pusat Penjagaan Kesihatan Cina, kemudian anda akan melawat Masjid Pudong, ia adalah salah satu masjid terkenal di Shanghai. Anda akan diberi masa untuk membeli-belah di Nanjing Road Walking Street. Membeli-belah di Asia Pacific Trading Mall dan terus ke lapangan terbang Shanghai untuk pulang ke Kuala Lumpur.
Kedai Wajib dikunjung: Kedai Teh Hangzhou, Herba Cina Shanghai, Jade, Sutera