RM3,499.00 Original price was: RM3,499.00.RM3,390.00Current price is: RM3,390.00.
Deposit bayaran adalah sebanyak RM500/pax
Tak panas ke nak pergi Korea waktu ni? Yes panas, tapi bukanlah panas macam kat Malaysia. Udara kering dan selesa, kita gunakan bas berhawa dingin (pasang paling sejuk)
Best ke pergi waktu ni? Kalau nak tahu, waktu ni la sebenarnya PEAK SEASON bagi Korean. Semua aktiviti-aktiviti negara,persembahan kpop ke, itu dan ini dibuat waktu ni.
HARGA : RM3390 (Termasuk tiket penerbangan)
Kelebihan :
+ Tiada Compulsory Shop
+ Penginapan Hotel 3-5 Bintang Selesa
+ Lawatan Mt Sorak dengan menaiki Kereta Kabel
+ Everland Theme Park (Minima 4 Jam)
+ Pengurusan waktu Solat
+ Makanan halal dijaga rapi
+ Penerbangan termasuk muatan 20kg & Meals onboard
ADULT >12 tahun | CHILD BED (3-11 tahun) | CHILD NO BED (3-11 tahun) | INFANT (<2 tahun) | |
Harga pakej | RM3490 | RM2999 | RM2799 | RM500 |
Harga promotion 15 Terawal | RM3390 | RM2759 | RM2579 | RM500 |
HARI 1 :NAMI ISLAND-MT. SORAK (L/D)
Tiba di lapangan terbang untuk berjumpa dengan pemandu pelancong kami. Peserta akan dibawa ke Nami Island untuk makan tengah hari. Selepas itu Mt.Sorak & tour (Gwongeumseong Fortress menggunakan kereta kabel). Makan malam dan “check in” hotel untuk berehat.
HARI 2: MT.SORAK-EVERLAND (B/L/D)
Selepas sarapan pagi di hotel, peserta akan menuju ke Everland & Tour. Selepas makan tengah hari, peserta akan melawat Seoul- N tower ( tidak termasuk observatory). Kemudian, peserta boleh membeli belah di Dongdaemun Market & Design Plaza untuk melihat taman bunga berlampu. Peserta akan makan malam dan bergerak ke hotel untuk berehat.
HARI 3: SEOUL CITY TOUR (B/L/D)
Sarapan pagi di hotel. Selepas itu, peserta akan menuju ke Blue House untuk sesi bergambar. Kemudian lawatan ke Gyeongbokgung Palace. Selepas makan tengah hari, peserta akan ke Central Mosque, Korean Nat’l Ginseng Outlet dan kedai barangan kosmetik dan penjagaan kulit, Kimchi School ( membuat kimchi dan memakai pakaian tradisional Korea). Makan malam dan kembali ke hotel untuk berehat.
HARI 4: SEOUL-MYEONGDONG SHOPPING STREET (B/L/D)
Sarapan pagi di hotel dan “check out”. Kemudian peserta akan menuju ke Amethyst Factory dan Red Pine Shop. Selepas itu, peserta akan bergerak ke 3D Trick Eye Museum & Ice Gallery. Makan tengah hari di restoran tempatan. Sesi membeli belah di Donghwa Duty Free Shop dan sambung membeli belah di Namdaemun Market dan Myeongdong Shopping Street. Makan malam dan berehat di hotel.
HARI 5: DEPARTURE (B)
Sarapan pagi di hotel kemudian menuju ke Market Shop. Seterusnya bergerak ke Lapangan terbang Antarabangsa Incheon dan penerbangan pulang ke kampung halaman peserta.