- 4%

5H4M Perth & Kangaru

Original price was: RM3,650.00.Current price is: RM3,490.00.

Pax Qty:

Deposit bayaran adalah sebanyak RM500/pax

Pakej HOT 2019. Sampai OCT semua SOLD OUT. Apa yang best? Anda dapat bergambar dan pegang kangaru serta enjoy perjalanan ala-ala london di Bumi Perth.

Harga : RM3490 (Termasuk visa dan tiket)

Kelebihan Pakej Ini
+ Penerbangan lengkap luggage & Meals onboard
+ Bukan share apartment style (lebih selesa)
+ Termasuk pengurusan VISA ETA
+ Pengalaman petik buah & nikmati sepuasnya
+ Lengkap aktiviti : Tiada free & easy
+ Pengalaman BBQ picnic di Perth, Australia
+ Confirm dapat jumpa dan pegang Kangaro
+ Tiada Compulsary Shop

ADULT >12 tahun CHILD BED
(3-11 tahun)
CHILD NO BED
(3-11 tahun)
INFANT
(<2 tahun)
Harga pakej RM3650 RM3650 RM3650 RM500
Harga promotion 15 Terawal RM3490 RM3429 RM3429 RM500
  • Deposit bayaran adalah sebanyak RM500 seorang.
  • Harga 15 peserta terawal berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat.
  • Bayaran akhir perlu dibuat 45 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Pakej ini adalah pakej lengkap tanpa bayaran tersembunyi.

  • 11-15 Aug 2022 (Penuh)
  • 13-17 Aug 2022 (Penuh)
  • 1-5 Sept 2022 (4 Seat Terakhir)
  • 12-16 Sept 2022 (Penuh)
  • 19-23 Sept 2022 (Penuh)
  • 26-30 Sept 2022(Penuh)
  • 3-7 Oct 2022 (Penuh)
  • 18-22 Oct 2022
  • 24-28 Oct 2022 (Penuh)

  • Penerbangan (Airasia)
  • Penginapan Apartment Private
  • Makanan Halal seperti dalam jadual
  • Pemandu Pelancong & Tippings
  • Pengangkutan Bas Persendirian
  • Pengurusan VISA ETA – Tertakluk kepada terma dan syarat
  • Tiket lawatan seperti dalam jadual

  • Insuran Perlancongan
  • Pengurusan VISA untuk bukan warganegara Malaysia
  • Perkara selain daripada yang disebutkan dalam jadual
  • Wang saku dan perbelanjaan sendiri

HARI 1: BERTOLAK KE PERTH – SHOPPING TOUR / SCARBOROUGH BEACH (SP/MT/MM)
Bertolak dari KLIA 2 jam 12.05 pm dan dijemput oleh pemandu pelancong kami di Lapangan Terbang Perth pada pukul 5.30 am. Selepas sarapan, peserta akan bertolak ke Watertown Branded Factory Outlet, membeli belah di The Mirrabooka Square dimana terdapat pelbagai jenis minyak wangi (perfume) yang murah di dalam Chemist Store dan membeli baju, kasut dan mungkin mainan di K Mart. Menikmati panorama indah di Scarborough Beach dan kembali ke Perth City untuk makan malam dan “check in” di apartment. Peserta boleh melakukan aktiviti bebas seperti berehat dan bersantai.

HARI 2: SWAN RIVER / CAVERSHAM WILDLIFE PARK (SP/MT/MM)
Selepas sarapan, peserta akan berpeluang untuk merasai pengalaman memetik epal di Apple Farm sebelum bertolak ke Caversham Wildlife Park. Lawatan diterusakan ke kilang Coklat Margarate Factory River dan Mondo Nougat di kawasan Swan Valley. Peserta boleh menikmati makan tengahari di Hawi Charcoal chicken (Kambing /ayam panggang dengan nasi Briyani) dan solat di Mirrabooka Mosque at Taqwa. Kembali ke bandar Perth untuk makan malam dan pulang ke apartment. Peserta boleh melakukan aktiviti bebas seperti berehat dan bersantai.

HARI 3: THE PINNACLES DESERT / LANCELIN SAND DUNES (SP/MT/MM)
Sarapan pagi dan bertolak ke Yancep National park. Peserta akan dapat meneroka salah satu dari National Park untuk melihat keindahan dan keajaiban The Pinnacles Dessert. Lawatan seterusnya ke Lancelin Beach dan makan tengahari serta solat. Kemudian, peserta terus ke Lancelin Sand Dunes untuk bermain luncur pasir putih. Dalam perjalanan pulang peserta akan singgah di Moore River untuk melihat pemandangan matahari terbenam yang cantik. Balik ke Perth dan makan malam.

HARI 4: KINGS PARK / FREMANTLE (SP/MT/MM)
Sarapan pagi ala-ala picnic di Kings Park Botanical Garden kemudian peseta akan bertolak ke Fremantle. Membeli-belah di E-Shed Market (buka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja). Peserta kemudian akan menikmati makan tengahari di The Kailis Cafe (terpilih menjadi “Fish and Chip” yang paling sedap). Kemudian, peserta boleh bergambar di Fremantle Hill War Monumen. Peserta boleh bersantai dan menunaikan solat di masjid Perth dan bertolak balik ke apartment untuk berehat. Sebelah malam peserta boleh membeli-belah di Hay and Murray street dan nikmati malam yang indah.

HARI 5: PERTH – KUALA LUMPUR
Berlepas ke Lapangan Terbang Perth pada jam 3.00 am dan bersiap sedia pulang ke Kuala Lumpur jam 6.40 am.

Related Products

Tigola MY
Logo
Register New Account
Shopping cart