- 3%

5H4M Jepun (Osaka-Kyoto-Nara)

Add to compare

Anyone nak ke Japan, jom join trip kami. Sakura trip da open date😍

Pakej all in ( RM4,250 ) cuma tak termasuk makan, tapi jangan risau okay.. Guide kita akan bawa pergi lunch and dinner yee. .

Deposit rendah, boleh bayar secara ansuran lagi tau, anyone berminat booking dahulu 🎌

Duration
5 Hari 4 Malam

Group Size
30 Seat

Tour Type
4 Bintang

Transport
Airasia X

Category:

RM4,390.00 RM4,250.00 /pax

Pax Qty:

Deposit bayaran adalah sebanyak RM1000/pax

5H4M Jepun (Osaka-Kyoto-Nara) Price
ADULT >12 tahun CHILD BED
(3-11 tahun)
CHILD NO BED
(3-11 tahun)
INFANT
(<2 tahun)
Harga pakej RM4590 RM4440 RM4440 RM500
Harga promotion 15 Terawal RM4390 RM4240 RM4240 RM500
  • Deposit bayaran adalah sebanyak RM1000 seorang.
  • Harga 15 peserta terawal berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat.
  • Bayaran akhir perlu dibuat 45 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Pakej ini adalah pakej lengkap tanpa bayaran tersembunyi.
5H4M Jepun (Osaka-Kyoto-Nara) Date
  • 2-6 April 2019 (Sakura Special) FULL

5H4M Jepun (Osaka-Kyoto-Nara) Itinerary & more
  • Penerbangan Airasia (termasuk 20kg muatan dan makan didalam penerbangan)
  • Pemandu Pelancong Malaysian & Tippings
  • Penginapan Hotel
  • Pengangkutan Awam (bas & train)
  • Tiket lawatan seperti dalam jadual

  • Insuran Perlancongan
  • Makan dan minum atas urusan persendirian
  • Pengurusan VISA untuk bukan warganegara malaysia.
  • Perkara selain daripada yang disebutkan dalam jadual
  • Wang saku dan perbelanjaan sendiri.

HARI 1

Berhimpun di Lapangan terbang KLIA2 dan Bertolak dari KLIA2 pada 2.15pm. Ketibaan di Lapangan Terbang Kansai pada 9.40pm,seterusnya peserta akan dibawa ke penginapan menggunakan bas pelancong. Check in Hotel dan rehat.

HARI 2 (L/D)

Bertolak ke destinasi lawatan pertama seawall 8 pagi iaitu Nara Deer Park. Nara Deer Park adalah rumahkepada lebih 1200 kancil dan merupakan taman yang sesuai untuk sesi bergambar serta santai. Selepas itu, kita akan bertolak ke Osaka jam 1pm.Makan tengahari. Sesi seterusnya, Anda akan dibawa untuk aktiviti membeli belah di Shinshaibashi dan Dotonburi.Kawasan ini adalah Kawasan membeli belah paling besar dan terkenal di Osaka. Seterusnya Makan Malam dan check in hotel.

HARI 3 (L/D)

Bertolak ke Kyoto utk ke Arashiyama Bamboo Forest. Lawatan ke Jepun pastinya tidak lengkap tanpa destinasi ini. Bamboo Forest terkenal dengan pemandangan semulajadi yang indah dan dikatakan, pengalaman berada dikawasan ini seperti berada di dunia lain. Selesai aktiviti makan tengahari,anda akan dibawa ke Nishi Market Kawaramachi.Terdapat lebih 100 kedai dan restoren dikawasan ini. Anda boleh melihat dan merasai pelbagai jenis makanan jepun. Untuk Makan Malam, anda akan dibawah ke restoren ramen halal iaitu Ayam ya Kawarasuma ,Kyoto. Selepas itu, peserta akan berangkat untuk kembali ke Osaka.

HARI 4 (L ,D)

Seawal 8 pagi, lawatan pertama adalah Osaka Old Living Museum,Kawasan ini direka khas untuk menunjukkan kehidupan sebenar masa lalu (zaman Edo). Selepas itu, peserta akan dibawa melihat ikon utama Osaka iaitu Osaka Castle, anda pasti akan terpegun melihat Kawasan istana ini. Makan tengahari dan peserta akan bertolak ke Help Five Ferris Wheel dan membeli belah di Yodobashi-Umeda. Terdapat 13 department store didalam bangunan besar ini dan dipenuhi dengan pelbagai barangan menarik seperti elektronik dan pakaian. Makan malam dan kembali ke hotel.

HARI 5 (L)

Peserta akan check out hotel dan bertolak ke Namba Station untuk tujuan simpan beg dan muatan lain-lain. Sementara menunggu pelepasan ke lapangan terbang, anda akan dibawa bertolak ke Tsutenkaku Tower dan membeli belah di Don Quijote. Untuk sesi santai pula, peserta akan berehat di Nagai Botanical Garden. Bertolak ke Lapangan Terbang Kansai pada 6 petang menggunakan Nankai Rapid Train dan pulang ke Tanah Air.

Get Paid up to RM1,000 to Refer a Friend: Earn Money by Referring Links
Share your tigola.com.my link with friend and on media social

Tigola MY
Logo
Register New Account
Reset Password
Compare items
  • Total (0)
Compare