- 3%

10H7M Eropah 4 Negara

Add to compare

Nak ke EROPAH dengan jadual paling RELAX dan tenang? Lawatan 10 hari ke LONDON-AMSTERDAM-BRUSSELS-PARIS

Kami bawakan eropah 10h7m edisi TERBAIK kami.

HARGA : RM6999 Halfboard (termasuk tiket penerbangan)

Kelebihan Pakej Ini
+ Bermalam di Feri Stena Line
+ Cruise Experience: Paris River Cruise & Amsterdam Canel Cruise
+ Termasuk tiket lawatan ke Eiffel Tower Paris
+ Hotel Selesa 3 bintang lengkap Liff Sahaja
+ Makan malam istimewa (3 course)
+ Pemandu Pelancong yang BEST
+ Kualiti Masa : Bukan Pakej Touch & Go
+ Tiada Compulsary Shop

Category:

RM7,199.00 RM6,999.00 /pax

Pax Qty:
  • Deposit bayaran adalah sebanyak RM1000/pax. 
  • Bayaran terakhir adalah 14 hari (Tanpa tiket penerbangan) atau 45 hari (Termasuk tiket penerbangan) sebelum tarikh travel anda.
  • Pakej ini adalah pakej lengkap tanpa bayaran tersembunyi.
  • Anda akan mendapat invois melalui SMS atau E-mel. Agen jualan akan menghubungi anda untuk proses selanjutnya.
Calendar free icon
10 Hari 7 Malam
Hotel free icon
Hotel 3 Bintang
Take off free icon
Oman Air
Take off free icon
Minimum 2 pax
Tarikh Pelepasan
  • 13-21 Oct 2019 (Autumn)
  • 26 Nov-5 Dec 2019 (Winter)
Senarai Harga
ADULT >12 tahun CHILD BED
(3-11 tahun)
CHILD NO BED
(3-11 tahun)
INFANT
(<2 tahun)
Harga pakej RM7199 RM6599 RM5699 RM1000
Harga promotion 15 Terawal RM6999 RM6499 RM6199 RM1000
  • Deposit bayaran adalah sebanyak RM1000 seorang.
  • Harga 15 peserta terawal berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat.
  • Bayaran akhir perlu dibuat 45 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Pakej ini adalah pakej lengkap tanpa bayaran tersembunyi.
Aturcara Program

HARI 1: KUALA LUMPUR – MUSCAT (TRANSIT) – LONDON
Berkumpul di KLIA untuk penerbangan lewat malam ke London melalui Muscat, Oman. Singgah di Muscat selama lebih kurang dua jam sebelum penerbangan diteruskan ke London.

HARI 2: LONDON (L/D)
Tiba awal pagi di London, anda akan dibawa ke Bicester Village untuk membeli belah lebih dari 160 jenama antarabangsa terkemuka pada harga diskaun sehingga 70% seperti Gucci, Salvatore Ferragamo, Tod’s, Dior, Coach and banyak lagi. Selepas itu, anda akan dibawa ke London di kawasan London EyeWestminster Bridge dan Victoria Embankment untuk aktiviti bebas sebelum dibawa ke hotel untuk berehat dan makan malam.

HARI 3: LONDON – HARWICH – HOOK OF HOLLAND (AMSTERDAM) (B/L/D)
Sarapan pagi di hotel dan lawatan separuh hari di sekitar bandar London dimulakan dengan melawat Buckingham Palace. Istana yang menjadi antara kediaman dan pejabat utama bagi Ratu Elizabeth II yang dibuka sejak tahun 1703. Anda akan berpeluang untuk melihat sendiri upacara pertukaran pengawal, tradisi yang bermula sejak tahun 1689. Kemudian anda akan dibawa berjalan ke kawasan London City Hall dan akan turut melawat kawasan sekitarnya seperti Tower Bridge, jambatan menjadi ikon London dan Tower Of London, sebuah istana yang menyimpan banyak sejarah, regalia diraja yang pernah menjadi muzium, kediaman rasmi keluarga diraja, markas tentera, malah pernah menjadi penjara yang berusia lebih dari 900 tahun yang terletak di tebing Sungai Thames. Lawatan diteruskan ke sekitar London seperti di Westminster AbbeyHouse of ParliamentTrafalgar Square dan Downing Street, kediaman rasmi Perdana Menteri UK. Setelah lawatan tamat, anda bebas untuk meneroka London di kawasan Oxford Street, sama ada mahu membeli belah di Primark atau di mana-mana kompleks membeli belah di situ, atau berehat di Hyde Park sebelum dibawa ke Harwich untuk menaiki Feri Stena Line, bermalam di dalam feri, merentasi English Channel menuju ke Amsterdam.

HARI 4: HOOK OF HOLLAND (AMSTERDAM) (B/L/D)
Sarapan pagi dalam feri, tiba di Hook of Holland dan terus ke Zaanse Schans. Sebuah kawasan kincir angin di Zaandam, berdekatan dengan Amsterdam. Di sini, anda akan menghabiskan masa beberapa jam untuk melihat sendiri kincir angin yang wujud sejak abad ke lapan belas yang menjadi simbol negara Belanda. Anda juga boleh merasakan sendiri pengalaman untuk melihat cara membuat keju dan terompah kayu. Anda kemudian akan dibawa ke Masjid Zaandam untuk solat dan makan tengah hari (sendiri) sebelum dibawa melawat sekitar bandar Amsterdam seperti Royal PalaceNational Monument yang terletak di Damrak Square. Lawatan diteruskan ke Gassan Diamond untuk mengetahui teknik menghasilkan barang kemas yang bermula selepas tamat perang dunia kedua pada tahun 1945. Selepas itu, anda akan berpeluang untuk merasai pengalaman menaiki Amsterdam Canal Cruise sebelum dibawa ke hotel untuk makan malam.

HARI 5: AMSTERDAM (B/L/D)
Sarapan pagi di hotel. Aktiviti bebas sepanjang hari. Anda boleh mengambil kesempatan ini untuk menerokai Bandar Amsterdam dengan lebih mendalam. Ada pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di bandar seperti melawat Amsterdam Centraal StationRed Light DistrictAnne Frank MuseumRijksmuseumVan Gogh Museum dan pelbagai tempat menarik lagi.

HARI 6: AMSTERDAM – BRUSSELS (B/L/D)
Sarapan pagi di hotel sebelum bertolak ke Brussels. Tiba di Brussels, lawatan dimulakan dengan singgah di Atomium untuk mengambil gambar. Atomium ialah struktur unik yang dibina pada tahun 1958 untuk World Expo yang kini digunakan sebagai muzium, menjadi mercu tanda Brussels. Kemudian perjalanan diteruskan ke Brussels City Centre. Di situ, anda akan dapat menikmati keindahan Grand Place, melihat sendiri Mannekin Pis, patung bayi yang menjadi simbol Brussels dan patung asal dikatakan wujud sejak tahun 1452. Di sini, anda boleh menikmati pelbagai jenis coklat Belgium yang sangat terkenal di serata dunia dan waffle dengan pelbagai jenis toppings atau membeli cenderahati di Hard Rock Café. Masa terluang akan diberi sebelum anda dibawa ke hotel untuk berehat.

HARI 7: BRUSSELS – PARIS (B/L/D)
Sarapan pagi di hotel sebelum bertolak ke Paris. Sebaik tiba di Paris, anda akan menikmati keindahan Paris melalui Paris River Cruise di Compagnie des Bateaux-Mouches. Ketahui sendiri kenapa Paris begitu terkenal di seluruh dunia sebagai kota cinta. Setelah berehat sebentar untuk makan tengah hari dan solat di Grande Mosqee de Paris, perjalanan menerokai Paris diteruskan dengan singgah sebentar beberapa tempat seperti Notre-Dame Cathedral, Louvre Museum, Les Invalides, Palais Garnier, Arc de Triomphe, Place de la Concorde, Trocadero Square dan Avenue des Champs-Elysees. Saksikan sendiri kehalusan dan kekayaan seni ukiran yang banyak terdapat di sini. Di mana-mana sahaja anda berada, tempat itu pastinya Instagram-worthy.

HARI 8: PARIS (B/L/D)

Sarapan pagi di hotel dan aturcara pada hari ini ialah melawat Eiffel Tower. Menara besi yang menjadi simbol Paris dan Perancis ini mula dibina pada tahun 1885 bertujuan untuk meraikan ulangtahun ke 100 Revolusi Perancis yang menumbangkan keluarga diraja dan mengasaskan negara republik dan juga sebagai salah satu monument yang dibina untuk World Expo 1889. Sepatutnya Menara Eiffel ini diruntuhkan selepas habis expo tersebut, tetapi atas usaha pihak-pihak tertentu, ia kekal hingga sekarang dan menjadi antara ikon paling terkenal di serata dunia. Selepas habis melawat, anda akan dibawa untuk solat sebelum dibawa menghabiskan sesi petang ke pusat membeli belah paling terkenal di Paris, Galeries Lafayette. Setelah puas membeli belah, bertolak ke hotel.

HARI 9: PARIS – MUSCAT – KUALA LUMPUR
Sarapan pagi di hotel. Aktiviti bebas pada waktu pagi. Selepas solat Zohor, anda akan dibawa ke pusat membeli belah Lavallee Village. Satu lagi destinasi membeli belah yang sangat popular yang lebih besar dari Bicester Village di London. Anda akan menghabiskan sesi petang di sini sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Charles De Gaulle (CDG) untuk penerbangan pulang ke Malaysia. Penerbangan akan melalui Muscat sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.

HARI 10: MUSCAT – KUALA LUMPUR
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

VIEW MORE
Pakej Termasuk
  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan
  • Bagasi 30kg seorang satu hala dan 7kg untuk bagasi kabin
  • Hotel bertaraf 3* atau setaraf
  • Penginapan satu malam di dalam feri Stena Line dari UK ke Amsterdam
  • Cukai bandar (city tax) di London, Paris, Brussels dan Amsterdam
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Amsterdam Canal Cruise, Paris River Cruise dan Eiffel Tower (tingkat 2)
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa
  • Perkhidmatan pemandu pelancong yang berpengalaman untuk eksplorasi bandar
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran
  • Diiringi ketua rombongan yang terlatih dan profesional.
Pakej Tidak Termasuk
  • Insurans pelancongan (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans pelancongan yang bersesuaian.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, waktu puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan tengah hari, minum, tiket masuk ke tempat lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi penerbangan yang dibawa.
    Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Add On (optional)

No more offers for this product!

Referral Links

Share Your Referral Links


General Inquiries

There are no inquiries yet.

 Ask a Question

Tigola MY
Register New Account
Reset Password
Compare items
  • Total (0)
Compare
0