- 5%

6H5M Jeju Busan Best Scenery

Add to compare

Ada pakej busan tak? Ada pakej Jeju tak? Banyak yang bertanya macam ni

Jadi kami reka satu pakej yang pergi kedua-dua tempat ni untuk 6 hari 5 malam

HARGA : RM3680 (Termasuk tiket penerbangan)

Kelebihan Pakej Ini
+ Penginapan Hotel 3-5 Bintang Selesa
+ Lawatan 2 tempat satu masa (Jeju & Busan)
+ Termasuk Penerbangan domestik
+ Pengurusan waktu Solat
+ Makanan halal dijaga rapi

Category:

RM3,880.00 RM3,680.00 /pax

Pax Qty:
  • Deposit bayaran adalah sebanyak RM500/pax. 
  • Bayaran terakhir adalah 14 hari (Tanpa tiket penerbangan) atau 45 hari (Termasuk tiket penerbangan) sebelum tarikh travel anda.
  • Pakej ini adalah pakej lengkap tanpa bayaran tersembunyi.
  • Anda akan mendapat invois melalui SMS atau E-mel. Agen jualan akan menghubungi anda untuk proses selanjutnya.
Calendar free icon
6 Hari 5 Malam
Hotel free icon
Hotel 3 Bintang
Take off free icon
Airasia X
Take off free icon
Max 21 Seat
Tarikh Pelepasan
  • 6-11 JAN 2020
  • 10-15 FEB 2020
  • 23-28 MAR 2020
  • 6-11 APR 2020
  • 13-18 APR 2020
Senarai Harga
ADULT >12 tahun CHILD BED
(3-11 tahun)
CHILD NO BED
(3-11 tahun)
INFANT
(<2 tahun)
Harga pakej RM3880 RM3489 RM3089 RM500
Harga promotion 15 Terawal RM3680 RM3289 RM2889 RM500
  • Deposit bayaran adalah sebanyak RM500 seorang.
  • Harga 15 peserta terawal berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat.
  • Bayaran akhir perlu dibuat 45 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Pakej ini adalah pakej lengkap tanpa bayaran tersembunyi.
Aturcara Program

HARI 1: TIBA DI JEJU (MDK/MM)

Berjumpa dengan wakil kami di KLIA2 untuk penerbangan ke Jeju. Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju. Lawatan separuh hari Yongduam Dragon Head Rock dan Mystery road. Makan Malam (Sup abalone) di restoran tempatan & daftar masuk hotel di Jeju.

HARI 2: TEROKAI JEJU TIMUR (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Selepas sarapan, lawati Seongsan Ilchulbong Peak atau dikenali sebagai ‘Sunrise Peak’ yang mempamerkan pemandangan indah kawah gunung berapi. Kemudian, anda akan terus ke Seopjikoji, sebuah tempat pinggir laut. Lawati ladang Limau Mandarin. Lawati Seongeup Folk Village yang merupakan sebuah kampung di Pulau Jeju pada tahun 50-an. Lawati Pasar Dongmun, sebuah pasar tertutup yang dipenuhi dengan gerai menjual ikan segar, pakaian & barangan umum. Makan malam di restoran tempatan & kembali ke hotel.

HARI 3: TEROKAI JEJU (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel dan terus ke Kilang Amethyst. Selepas itu, lawati Red Pine Shop. Kemudian lawati Teseum Safari yang merupakan taman tema pameran patung pertama di dunia dengan pelbagai hidupan liar bersaiz sebenar dan boneka haiwan laut. Kemudian, makan tengahari di Tamrabansang Organic Vegetarian Restaurant. Lawati Muzium Teh O’sulloc dan ketahui lebih lanjut mengenai teh Korea dan budaya teh tradisional Korea. Lawati Jalan Misterius sebelum pergi ke restoran untuk makan malam. Kembali ke Hotel.

HARI 4: BUSAN (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar dari hotel Jeju. Teruskan ke Busan dari Jeju dengan penerbangan domestik. Kemudian, anda akan ke Kampung Budaya Gamcheon di mana anda boleh menikmati lukisan dinding dan pemandangan bandar lama Busan. Makan tengah hari di restoran halal India dan selepas itu, teruskan ke Pasar Perikanan Jagalchi, tempat yang terkenal untuk menikmati suasana pasaran tempatan dan belajar tentang makanan laut. Membeli-belah di Nampodong Fashion Street. Kemudian lawati kedai Kosmetik Penjagaan Kulit bebas cukai sebelum pergi ke restoran untuk makan malam (Bibimbab: Makanan Vegetarian). Daftar masuk di Hotel.

HARI 5: BUSAN (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel dan teruskan ke Korean National Ginseng Outlet. Lawati Menara Busan di Taman Yongdusan. Lawati Masjid Tengah Busan sebelum pergi makan tengah hari. Lawati Oryukdo Skywalk, yang dinamakan monumen Busan bersama Taejongdae. Oryukdo Skywalk adalah jambatan kaca 15 meter. Kemudian lawati Pantai Gwangan sebelum makan malam BBQ ikan panggang dan kembali ke hotel.

HARI 6: BERTOLAK PULANG (SP/MDK)

Sarapan pagi dan terus ke Lapangan Terbang dan bersedia untuk berlepas ke Kuala Lumpur.

VIEW MORE
Pakej Termasuk
  • Penerbangan Airasia,muatan 20kg & MOB
  • Penginapan Hotel 3-4 bintang.
  • Makanan Halal seperti dalam jadual.
  • Pemandu Pelancong & Tippings.
  • Pengangkutan Bas Persendirian.
  • Tiket lawatan seperti dalam jadual.
Pakej Tidak Termasuk
  • Insuran Perlancongan
  • Pengurusan VISA untuk bukan warganegara malaysia.
  • Perkara selain daripada yang disebutkan dalam jadual
  • Wang saku dan perbelanjaan sendiri.
Add On (optional)
No more offers for this product!

Referral Links

Share Your Referral Links


General Inquiries

There are no inquiries yet.

 Ask a Question

Tigola MY
Register New Account
Reset Password
Compare items
  • Total (0)
Compare
0