- 2%

7H5M North New Zealand

Add to compare

[PAKEJ BAHARU] New Zealand The Hobbiton Visit~

Pernah tengok cerita Hobbit tu? Yes kita akan ke sana. Apa yang kami expect daripada percutian ini adalah
Perjalanan yang relax, tenang, berehat tengok kecantikkan new zealand….  MAHAL? Taklah. Sejak airasia dah tamatkan perkhidmatan, harga pakej ini memang normal. Kita tidur hotel dan melancong dengan bas. Minima 15 orang je~

HARGA : RM8780 (Termasuk Penerbangan)

Kelebihan Pakej ini?
+ Pakej lengkap Breakfast,Lunch & Dinner
+ Pengalaman Skyline Gondola Rotorue
+ Lawatan Hobbiton Movie Set
+ Lawatan Aucland Garden
+ Kumpulan kecil minima 15 peserta

Category:

RM8,980.00 RM8,780.00 /pax

Pax Qty:
  • Deposit bayaran adalah sebanyak RM500/pax. 
  • Bayaran terakhir adalah 14 hari (Tanpa tiket penerbangan) atau 45 hari (Termasuk tiket penerbangan) sebelum tarikh travel anda.
  • Pakej ini adalah pakej lengkap tanpa bayaran tersembunyi.
  • Anda akan mendapat invois melalui SMS atau E-mel. Agen jualan akan menghubungi anda untuk proses selanjutnya.
Calendar free icon
7 Hari 5 Malam
Hotel free icon
Hotel 3 Bintang
Take off free icon
Qantas Airlines
Take off free icon
Min 2 Pax
Tarikh Pelepasan
  • 19-25 MAR 2020
  • 23-29 OCT 2020
Senarai Harga
ADULT >12 tahun CHILD BED
(3-11 tahun)
CHILD NO BED
(3-11 tahun)
INFANT
(<2 tahun)
Harga pakej RM8980 RM7999 RM7999 RM2000
Harga promotion 15 Terawal RM8780 RM7799 RM7799 RM2000
  • Deposit bayaran adalah sebanyak RM500 seorang.
  • Harga 15 peserta terawal berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat.
  • Bayaran akhir perlu dibuat 45 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Pakej ini adalah pakej lengkap tanpa bayaran tersembunyi.
Aturcara Program

HARI 1: KUALA LUMPUR – SINGAPORE – SYDNEY – AUCKLAND (MDK)

Berlepas dari Kuala Lumpur ke Auckland dengan menggunakan Qantas Airline melalui Singapore (transit di Changi Airport). Transit seterusnya adalah di Sydney sebelum meneruskan perjalanan ke Auckland.

HARI 2: AUCKLAND (MT /MM)

Sebaik tiba di lapangan terbang Auckland pada jam 1250, anda akan di sambut oleh pemandu pelancong kami. Makan tengahari kemudian meneruskan aktiviti bersiar- siar di Auckland iaitu termasuk Mission Bay Auckland Lookout and Auckland Garden. Makan malam dan daftar masuk hotel. Bermalan di Auckland.

HARI 3: AUCKLAND – MATAMATA – ROTORUA (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi di hotel, terus menuju ke Matamata di mana anda akan dapat melihat tempat penggambaran filem Hobbiton dan juga Lord of The Rings Trilogy iaitu The Shire, iaitu satu perkampungan manusia kerdil. Pemandu pelancong akan membawa anda meneroka ke setiap sudut di dalam perkampungan itu dan menerangkan tentang filem tersebut dengan lebih terperinci lagi. Makan tengahari dan kemudian terus ke Rotorua, salah satu aktiviti geoterma yang paling aktif di dunia. Makan malam dan bermalam di Rotorua

HARI 4: ROTORUA (SP/MT/MM)

Selepas sarapan di hotel, mulakan lawatan ke Agrodome Farm Tour. Saksikan pertunjukan haiwan Show Pack yang terdiri dari alpaca, kambing biri-biri, burung unta dan anak haiwan di nurseri. Rasai jus buah kiwi, madu dan berjalan mengelilingi dusun. Kemudian terus ke Skyline Gondola Rotorua. Anda akan menaiki kabin Gondola dan menikmati pemandangan Tasik Rotorua yang menakjubkan. Makan tengahari dan berjalan-jalan di Government GardenLake Rotorua dan kawasan sekitarnya. Lawati Thermal Wonderland Wai-O-Tapu. Daya tarikan geoterma yang berwarna-warni di New Zealand. Makan malam dan kembali ke hotel. Bermalam di Rotorua.

HARI 5: ROTORUA – TAUPO (SP/MT/MM)

Sarapan pagi dan terus ke Whakarewarewa Maori Village dan nikmati Pertunjukkan Kebudayaan Maori dan tarian Hangi tradisional. Kemudian melawat Huka Falls dan Waikato River yang berwarna biru kerana air yang jernih mencerminkan cahaya biru. Selepas makan tengah hari, bersiar-siar di Taupo, sebuah bandar berhampiran pusat New Zealand, Lake Taupo adalah tasik terbesar di New Zealand. Ia menyediakan taman permainan yang sempurna untuk aktiviti sukan air dan pengembaraan. Makan malam dan bermalam di Taupo.

HARI 6: TAUPO – HAMILTON – AUCKLAND (SP/MT/MM)

Selepas sarapan di hotel, anda akan terus ke Hamilton (2 jam). Bandar Hamilton terletak di tebing Sungai Waikato yang terkenal dengan jalan, taman, kafe dan kehidupan malamnya. Teruskan ke Masjid Hamilton. Luangkan masa beberapa jam menjelajah bandar ini. Makan tengahari dan terus ke Auckland (2 jam). Makan malam dan bermalam di Auckland.

HARI 7: AUCKLAND – MELBOURNE – KUALA LUMPUR (MDK)

Anda akan dibawa ke Lapangan Terbang Auckland pada pukul 5 pagi. Berangkat dari Auckland pada 0830 pagi dan transit di Melbourne (2 jam) sebelum terbang ke Singapura untuk transit (1 jam 40 minit). Terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan tiba pada jam 2040.

VIEW MORE
Pakej Termasuk
  • Penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk 30kg bagasi dan 7kg bagasi kabin seorang.
  • Penginapan 5 malam di North Island – Motel/Apartment beserta sarapan pagi.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa
  • Makanan halal seperti yang dinyatakan dalam pakej
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas pelancong
  • Diiringi oleh pemandu pelancong yang terlatih dan professional
Pakej Tidak Termasuk
  • Bayaran masuk selain daripada yang dinyatakan di dalam itinari
  • Perbelanjaan peribadi seperti makan, minum yang tidak dinyatakan dalam aturcara, saguhati, dobi dan lain-lain.
  • Insurans Etiqa takaful (Tambahan RM95/pax)
  • Urusan visa untuk peserta bukan warga Malaysia.
  • Caj tambahan untuk bagasi yang lebih muatan (Kapal terbang)
  • Lain-lain selain daripada yang dinyatakan di dalam itinari
Add On (optional)

Referral Links

Share Your Referral Links


General Inquiries

There are no inquiries yet.

 Ask a Question

Tigola MY
Register New Account
Reset Password
Compare items
  • Total (0)
Compare