LIKE & SHARE supaya ilmu ini dapat disebarluaskan lagi kepada mereka yang betul-betul memerlukan untuk menyelesaikan hutang, kos rawatan anak-anak, ibu ayah yang sakit atau membeli barangan dapur.
Meh aku senaraikan menurut pengalaman sendiri dan orang lain. Pilihlah mana-mana yang sesuai dengan korang.
1. Modal RM200 – Berniaga buah potong menggunakan motorsikal untuk senang bergerak mencari port orang ramai.
Keuntungan biasanya 50%-60% daripada modal.
Katakan RM1/plastik, kena target jual 600 plastik sehari, cari port orang ramai (depan sekolah, depan masjid, kawasan pejabat atau kilang).
Paling koman korang akan dapat RM350 sehari × 30 hari = RM10,500
2. Modal RM500 – Khidmat potong rumput
Guna pekerja 2 orang dengan gaji RM130 sehari termasuk minyak mesin, upah satu halaman rumah biasa sekitar RM60, kerja hanya 2 jam sebuah laman.
Tugas kita hanya perlu angkat iklan di kawasan perumahan, deal pelanggan, ambil hantar pekerja dan kutip duit.
Sehari kena gigih cari 5 buah rumah untuk seorang pekerja, jadi kita akan dapat sehari RM340 × 30 hari = RM10,200.
3. Modal RM100 – Menjual nasi RM4 di kawasan penduduk ramai dengan menyediakan khidmat penghantaran.
Buat iklan FB untuk orang sekitar, mustahil tidak dapat buat jualan 150 bungkus sehari dengan keuntungan biasa jualan nasi ialah 60%, jadi sehari bersih dalam tangan ialahRM360 × 30 hari = RM10,800.
4. Modal RM500 – Berniaga apam balik
Berniaga apam balik di pasar malam keuntungan juga 80%.
4 kali seminggu dengan jualan 400 keping apam balik setiap malam yang berharga RM2 sekeping, setiap malam boleh nilai jualan RM 800× 4 seminggu × 4 minggu sebulan = jualan kasar rm12,800 tolak modal 20% (RM2,560) = RM10,240
5. Modal RM500 – Jadi agen jualan produk Tigola.com.my
Jadi agen jualan produk, pilih yang laku keras bulan tu (kerana kebanyakan produk bermusim).
Cari produk di tigola.com.my yang menawarkan keuntungan melebihi RM200/item.
Copy dan Paste iklan yang diberikan di FB dan Instagram. Atau
Jual guna FB Ads (tak tau guna FB Ads pergi belajar – Power Editor).
Sehari letak kos iklan RM50. Push sale sekurang-kurangnya 1 item close deal sahaja.
Setiap hari akan ada orang bank in sebanyak RM200.
Tolak kos harian iklan RM50. Bersih RM150 × 30 hari = RM4,500
Cari agen jualan mengunakan sistem Tigola.
lantik agen jual bersama kita 1 hari seorang. Dia boleh jual juga dan kita dapat 20%komisyen dari jualan dia. Sebulan dapat 30 agen yang kita jaga.
Sebulan 30 agen X 20% komisyen X minima komisyen agen RM300o = RM18,000
Total Bersih Sebulan RM18,000 + RM4,500 = RM22,500
Kalau cari dh ramai yang dapat kita cari. boleh jadi pasif income. tidor pon duit masuk.. Kalau nak daftar agen tigola klik sini
Ada banyak lagi perniagaan yang memerlukan modal sedikit tetapi pulangan lumayan tapi cukuplah 6 jenis ini dahulu.
Ingat, tak semua perniagaan ini sesuai dengan anda. Anda perlu pilih, ubahsuai dan serasikan dengan diri anda. Semua pengiraan dari segi modal dan keuntungan adalah tidak tepat kerana harga berbeza mengikut masa dan tempat.
LIKE & SHARE supaya ilmu ini dapat disebarluaskan lagi kepada mereka yang betul-betul memerlukan untuk menyelesaikan hutang, kos rawatan anak-anak, ibu ayah yang sakit atau membeli barangan dapur.